RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Sunday, November 15, 2009

derite seorang adik

tanggal 25 Oktober 1993....tepat pukul 12.15tengah mlm....lahir la seorang puteri kepada pasangan suami isteri....oleh kerana hari telah lewat mlm, kelahiran bayi tersebut di sambut oleh doktor, nurse dan ibu bayi itu sendiri......
seperti kebiasaan, selepas di lahirkan bayi akan di tunjuk kepada ibunya.....sewaktu melihat bayi itu...ibunya terkejut lalu menitiskan air mata....segala rase sedih, terkejut, takut bercampur baur....sungguh tak percaya anak yang di kandung mempunyai kecacatan di bahagian mulut, dalam erti kata lain di kategorikan sebagai cleft palate.... bermacam-macam persoalan timbul di benak si ibu memikirkan keadaan si anak kecil yang begitu...
oleh kerana memahami keadaan si ibu, doktor yang menyambut kelahiran itu menasihatkan agar banyakkan bersabar dan redha dengan ape yang di anugerahkan Allah swt....
tidak seperti kanak-kanak lain, bayi tersebut terpaksa di asingkan dari ibunya kerana faktor kesihatan dan pemerhatian rapi....sewaktu di asingkan ...si ibu merenung panjang....serta memerhatikan keadaan sekeliling....betapa sayu hati ibu, apabila anak kandung yang d lahirkan tiada d sisi, betapa hiba rase hati apabila mengenangkan nasib si anak kecil.....
apabila tibe kehadiran suami tercenta, kelu kata-kata untuk meluahkan ape yang terkandung idi dalam hati...hanya air mata yang mengalir moga suami nya memahami....
berkat ketabahan ayah , si ibu dapat menerima qada dan qadar Tuhan...pada anak-anak nya di rumah serta keluarga di cerite kan keadaan sebenar.....kasihan si anak kecil....ayah doakan kebahagian mu wahai anak ku...semoga kamu berjaya dalam kehidupan walaupun serba kekurangan dan di pandang hina.....amin.....
ingat lagi sewaktu masuk tadika.....
adik : ...mak tadi kwn adik tanyer naper mulut adik macam ni...
mak (dengan linangan air mata) : .... adik bibi jatuh mase kecil....doktor terpaksa jahit....(sampai begitu sekali si ibu menjaga hati...tidak mahu sedikit pun anak nyer terasa hati sekiranya mendapat tahu kebenaran yang tertulis di dalam catatan hidupnya dilahirkan begitu)
kini dia telah dewasa, menjadi seorang gadis remaja....teman-teman di dalam kelas sering pulaukan kerana sikapnya yang pendiam.... bukan sombong tapi malu apabila sering di perhatikan....tidak secantik jika nak di banding kan dengan teman2 lain....sesungguhnya die lebih suke menjauhkan diri....dan memendam rase....
itu lah die kisah adik bongsuku....Siti Mastura namanyer.....walaupun wajahmu tak seindah nama mu....kamu masih beruntung mempunyai kami keluarga mu yang sangat menyanyangi kamu.... sesungguhnya akan aku pegang amanah ibu untuk menjaga kamu sampai bila2....tak akan ku biarkan kau keseorangan merasai keperitan hidup di pinggirkan.....
# semalam aku, shahidah , ayah n mak jumper seorang gadis yang sebijik mcm biby....dlm hati masing-masing sayu melihat kesusahan gadis itu menjual buku dari satu meja ke satu meja...orang yang memerhatikan hanya mampu menggeleng dan buat tidak peduli...begitu hinakah org seperti mereka.....mereka tak pinta lahir begitu....wahai manusia di luar sana, sile la jangan memandang rendah pada org2 istimewa seperti mereka....tolong la aku merayu....jangan sakiti hati mereka....jangan sakiti hati adikku......

0 care about me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes