RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Tuesday, August 31, 2010

sakit

huhuhu...dah bape arini abg asik kurang sihat...sian abg...risau bile pk2 sakit abg yg tak sembuh2....n semalam aku masih cari pasal dengan abg...hm aku tewok...aku sedar too....ayg minta maaf ..ayg syg abg....abg yg kcu ayg dulu...huhuhu..tbe2....

hmm ape pun...ayg doakan abg cepat sembuh...jage diri..n kena banyak minum air masak....ayg tau abg pandai makan ubt...tak macam ayg...cerewet makan ubt.....

Ya Allah, sembuhkan lah penyakit abg....kurniakanlah kesihatan yang baik sepanjang hidup nye....lindungi lah dirinya dan keluarga ku dari penyakit berjangkit dan berbahaya....amin....Tuhanku biarlah aku yang menanggung sakit dan kesusahan abg serta keluarga ku...aku rela....jangan la kau beri kepada dirinya mahupun keluargaku......huhuhu...semoga Allah mendengar doaku....amin

Monday, August 30, 2010

bidadari dunia

nirza menulis “Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajahmanusia…
“Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,asyik berteman tangis dan sendu sahaja.”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
“wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangisdan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan egoseorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkanlebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunyawanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun.Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata.”

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…
“Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
“Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya?Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahaipara wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dantutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapaterlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita ygmenjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakanpesanan buat wanita, agar memelihara auratnya keranadisitu lah kehormatannya. sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebihtinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalauar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.”


Adik masih x puas ati.
“Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu??”
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna.Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghunijannah ini!
“Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiapinsan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Danal-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu,indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila manaal-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa merekamerelakan diri menjadi peragaan? Kerana merekasebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukupmenarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat dirimereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segipsikologi. Namun adikku… wanita solehah itu pastimelindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu.”


Adik garu2 kepala.
“Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini?Bagaimana hendak adik kenali mereka???”
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAHmerahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianyasendiri.
“Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintah kanwnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka,dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita ygbermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tpperlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehahdan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita ygtoleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satupermata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Keranafitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan.Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itumaksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka diaadalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsimasyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidakmenjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila manadia menciptakan hawa itu dari rusuk adam… Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawaini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapisayang… golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabatmereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan…
Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada dipuncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epalitu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikanbegitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalutinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa ygberani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya… Mungkin bukan di dunia… tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia…asalkan cinta ILAHI mengiringinya…tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bileALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utkmemetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epalyg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku… sungguhtulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamukanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik… Dan aku? Hanya bidadariberwajah manusia… berhakkah menjadi bidadari syurga?Wallahu’alam.”

dipetik dari http://imanulamiq.wordpress.com/2008/04/08/

muhasabah diri

assalamualaikum wbt....

setelah beberapa ari umat Islam melakukan ibadah pose...baru hari ini aku berpeluang dengan izinNya untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah....hmm tewok kan....punyer la rugi bg aku untuk ketinggaln keitimewaan malam2 lain yang telah dijanjikan olehNya....aku pasrah mungkin ade hikmah disebaliknya....dan aku juga bersyukur sekurang2 nya berpeluang menunaikan terawih malam ni.....

terasa betapa hinanya aku di sisi Allah kerana sering melupakan apa yang direncanakan..........mengapa la keduniaan itu sering aku dulukan dari perjanjian ku dengan Yang Maha Pencipta....di hamparan senjadah aku terasa diri terlalu lemah...siapa aku untuk tidak mentaati Allah, dan siapa pula aku yang sering melakuka dosa kepadaNya....

usai selesai terawih...terima perkabaran teman sekerja ayah tela dijemput Ilahi....innalillah......tbe2 terasa ada aku sebak n mata beranak sungai....sudah ditetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati.....cume bila tiada jwpnnya.....dalam kepala berbisik....sudahkah aku bersedia menerima kententuan takdr itu.....hmm mungkin terlalu banyak lagi kekurangan yang ada diri ini....cume satu aku doakan...seandainya Allah cabut nyawaku...biala aku pegi dalam keadaan beriman kepadaNya dan sempat bertaubat serta membersihkan titik2 hitam dalam hati.sekurang2ny aku bersih dan suci untuk menghadap Allah Taala....

marilah kita sama2 muhasabah diri.....tidak lupa Al Fatihah buat semua yag telah pergi.......

Sunday, August 29, 2010

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

ubat hati (kesedihan)

Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?.

Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.

Kisah satu

Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang

Kisah dua

Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.

Kisah tiga

Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.

Kisah empat

Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Allah berfirman,Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.

di copy paste dari http://www.ustazamin.com/2008/10/motivasi-iman-4-ubat-hati-kesedihan.html

Raifan - İtiraf

Kisah Nabi Musa Dengan Seorang Penzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.""Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina."Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sekuat2nya.Nabi Musa berapi-api matanya.

Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah longlai. Dia terhinggut2 keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa ingin tahu."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Thursday, August 19, 2010

Selawat Syifa' - Hijjaz

Wednesday, August 18, 2010

tdo yang menakutkan

mlm td sebelum tdo...basenyer aku berborak2 dengan abg...tp semalam tak de plak die kol....jd aku la yg kol...dua tiga kali kol baru abg angkat ...(rase tak best)....mungkin abg bz kot....hmm xpela...

bile berjaya...aku borak kejap je dgn abg..itu pun memang abg tak dpt melayan borak aku lame2....terus off...huhuhu...tak sempat nk bgtau aku nk tdo...hmm....oleh sbb aku mls sgt nk pk n melayan2 hati sgt...aku terus tdo lg bagus...

tp aku terjaga tengah malam sbb bunyi guruh yg menakutkan...oleh sbb lokasi katil aku yang dekat dengan tingkap ....jd kesan dentuman kuat guruh n cahaya terang kilat yang memancar jelas di luar tingkap wat aku takot nk tdo....basenyer bile aku takot n terjaga mlm mesti aku cari abg klu time too memang abg keja mlm...tp smlm aku tak cari sbb teringat kesibukan abg smpi tak sempat nk amik tahu aku nk tdo...huhuhu...kecik hati...

n yet, bersambung lagi pg ni...so mud tidak bagus hari ini....

kepada en syamim k. hisham yang memilik hati saya ♥♥♥,

ayg kecik hati....huhuhu :'(

mimpikan kak nana

satu malam too aku ade mimpikan kak nana...mimpi yang seketika selepas terjaga secara tbe2 bangun lepas sahur....

aku mimpi kak nana dtg uma, tapi oleh sbb aku tdur lagi....jadi kak nura n kak sapura je jumpe....aku cume jumper buah-buahan yang kak nana bwk....then tak tau ape cerite....sbb dah tak hengat.....hahaha

lame dh tak dengar cite kak nana.. kenangan bulan pose lepas, kak sapura basenyer mempunyai kesukaran untuk mengejutkan kak nana bangun sahur...tahun ni aku lak yg sgt malas untuk bangun sahur...ntah kenapa....hmm mungkin jugak sbb.....

tak sangka plak...lepas sekian lame kenal kak nana....akhirnya kami hilang berite mcm too jer......nak kate tak sayang , sume org syg n amik berat kak nana.....bile ade berite2 yang tdk sedap di dengar kami2 jugak la yg rase kurang senang ....sampai hati kak nana wat kami susah hati sampai mcm ni.....tp tak pela ...kami tak amik hati....semoga kak nana baik2 saje di mana2 pn, yg penting bahagia n murah rezeki....amin.....

kepeningan hingga nak muntah

huhuhu...itu la keadaan aku selasa lepas...

lum pernah rase sakit pale yang amat dasyat smpi nk muntah2....dulu kak nana jer yg selalu rase cam ni....tp bile kena kat btg hidung sendiri ...baru terasa hazabnyer.....gilo la...sakit pale ape ntah sampai nak bercakap pun aku nk muntah.....bile aku duk statik die tak berapa sakit...tp bile mule bergerak rase mcm nk terkeluar isi perut...alangkah kritikal nyer mase too....

aritu aku minta balik awl 15 minit dengan bos....itu pun sbb aku dh tak mampu nk tahan wlu seminit pun...tp kan sebenarnyer muntah too tak kua pun....rase jer yg lebih2.....kesannya kak sapura kena masak sendiri lauk buka pose, oo silap masak kan untuk org sakit ni....huahuahua...giler la...minta maaf ye kak sapura, kerana sgt menyusahkan...

nasib esoknye pale aku dah ok...sumpah tak nak aku kena mcm too lagi...mesti sbb aku tak makan pg too...jd hangin kat badan dah sampai kat pale.....huhuhu...

belanja makan

sgt semangat bila bercerite tentang belanja makan...bulan pose ni boleh dikatakan rezeki sangat murah...sbb nya dh beberapa kali di belanja org wlupun.....larikkk....

dua ari lepas kak nura belanja kak sapura n aku makan pizza...yippie seonok tak terkata..huhuhu...over excited ok....dlm pale dh terbayang , kerangupan pizza , tempura dsbginya....nyumnyum.....

jd pas buka n solat....baru g makan kat pizza...jd makan la kami sampai nak muntah....huahuahua...giler kenyang ok.....terima kasih dekat kak nura sbb dah buat perut aku rase kenyang....semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.....amin....

Sunday, August 15, 2010

seminggu pose

berakhirnya syaaban beerti bermula la episod ramadhan aku untuk tahun ni...syukur alhamdulillah sbb di beri kesempatan untuk merasai peluang berpose lagi...dan insyaAllah beraya juga....

tahun ni aku tak dengar pun pengumuman raya dekat tv mau pun yang disiarkan di radio...sbb mase ni habiskan waktu dengan membeli belah stok uma yang sudah kehabisan persiapan sebelum bermulanyer ramadhan....

seminggu berpose....aku jadi sangat teruja untuk memasak...mungkin dulu mase di uma sewa lama...selalu ade kak nana yg jd lead...tp di rumah baru ...aku lagi suka kak sapura jd tukang makan ajo.....hahaha....sbb sgt la gembira dpt menyediakan makanan berbuka untuk org yang berpose....setiap hari pasti ade je menu yang aku dah ready untuk berbuka....huhuh...terlebih sudah....

abg pun naik heran nape aku begitu rajin....hahah...itu tak bermakna aku malas yer...bile aku menunjukkan kemalasan...hahaha....tp alhamdulillah sgt jimat la makan kat uma...sekali masak leh reserve siap untuk sahur....ok la too kan....n yg penting aku cube untuk tidak membazir....

setelah lima ari berturut2 aku memasak....tbe mase ari minggu aku di rehat secara tidak rela...hahaha....nape aku cakap cam too...sbbnyer ayah ajak buka same2 satu family dekat kfc...n esoknyer kak sazura lak belanja makan dekat red walk...pergh mantop la makan kat situ....memang sedap....may be sbb org belanja kot...hahaha...eh tak jugak tp memang masakan kat situ sedap2 n harga pun boleh tahan hebat....hahahhaa.....ape pun tq too kak sazura sbb sudi menjamu aku yg "segan" ni...hahaha......

lupe lak nk cite ari jumaat too...kak yan g uma kiteorang..buka sana siap wat onde2 lak kakak too...huhuhu....aku ni part kueh mueh memang kekurangan nafsu sikit...jadi bile kak yan buat too aku rase seketul due....tp sedap tau..pandai kak yan buat...siap dah terpikir nk bg jiran tp sudahnyer lupe.....mase time kak yan buka uma kiteorang too...aku dah termasak lewat dh...ni sume berpunce dr balik lewat....terus kena servis dengan kak sapura sbb lewat sgt...mohon ampun sbb kesalahan yg tidak di sengajakan...apa pun....aku gembira mereka kenyang lepas tooo......hehehe...

sejak seminggu pose ni...abg lum pernah tinggal terawih...sgt memberansangkan ok...aku pun lum ade rekod secemerlang itu...keep it up abg, ayg sgt soke.......smlm abg ngadu tak berapa sihat....sian abg...semoga abg cepat sihat ...leh la pose penuh...tbe2.....hahhaa.....pas buka nnt makan ubat erk....love u....

mlm td aku di ganggu mimpi yg kurang seronok...terus terjaga, g toilet...pastuu nk tdo balik terus tak dapat tdo....kol abg tok cari semangat n mud tok tdo balik....wlupun tak borak ape pun...ngomel2 bergedik manja....ape ntah...terus aku dh tdo...sendiri pun tak sedar...sedar je abg kejut subuh2 ari.....bukan sbb tak pandai bangun pagi yer smpi mengedik kena kejut...ini disebabkan abg yg memang saje nk mengacau aku pg2 hari.....


Wednesday, August 11, 2010

jiwa kcu

smlm pas buka n mandi ....smtara tunggu basuhan baju habis aku lepak kat katil....kononyer hanya nk menutup mata tapi terlelap terus sudahnya...last2 kena caj dgn abg sbb angkat fon lewat....dalam keadaan terkejut sbb bangun tbe2 dr tdo yang sekejap....mula la emosi aku kcu....nak2 sedap je kena caj mcm2...hmm tak soke, ok!!!....boleh hilang mud klu mcm too....lain kali klu nk caj2 org...sile pk panjang......sape suke klu kena mcm too....

mule la aku naik hangin satu badan kan....dah la tak mintak maaf...leh wat derkk jer....nk kena la namenyer too.......cube mintak maaf dah caj org tak tentu pasal...tak dela aku emo....

arini aku emo...emo....emo....hemo....hemo.....

petang semalam......

meseg2 abg sambil belajar buat emotion....aku suke mase too...gembira....sbb mase too aku yg sgt bodoh baru terhegeh2 nk belajar mcm mane nk buat emotion guna simbol.....n abg bole main2 lak nk mengajar aku...tp tetap seronok sbb aku gembira waktu too.... bile mcm ni, aku tak suke...dan kalau boleh sekali pun aku tak hingin rase....

Monday, August 9, 2010

aku sedih

selepas kelas micro ahad lepas....ayah yang amik aku dari uitm....oleh kerana aku berdua jer dgn ayah....jd suasana sunyi too lg terasa...sbb aku buat perangai mase balik ari jumaat too....jd la aku org bisu sepanjang jalan...langsung tak menunjukkan minat untuk berborak dengan ayah...huhuhu...sian ayah.....

nape aku moody.....al kisahnya bermula bila aku beli kfc rm 2.00 kat tepi simpang komuter untuk adik2 aku yg memang suka kan ayam.....aku pun balik ke uma kononyer nk bg suprise dengan ayam yang tak seberapa too...sepanjang balik perot aku tbe2 sakit yang amat ...aku pun tak faham nape....bukan nk buang air o senggugut eh korang ...jgn nk buat citer.....hahaha.....tp memang sakit nk mati punyer la....dah la kena diri...memang azab la mase too....tuhan jer tau betapa aku rase nak menangis n nk pitam mase too jugak...lawak nyer siap pk...ape org buat klu aku tbe2 rebah....kelam kabut tentu....huhuhu....mls nk memikirkan lagi.....

ok sambung pasal kfc....bile nk dekat sampai station wangsa maju calling2 ayah bgtau nk dekat sampai...last2 ayah kata depa sume nk g jusco plak nk g makan kfc...ah sudah....terus ati rase sedih mengenangkan nasib kfc jalanan yg di beli td....bile dengar sore cik bibi beria2 mengajak aku g sekali....aku tau die mungkin tak nak pun makan ayam kfc jalanan aku too nanti.....aku juz ckp tak pe la ...kakak yah tak nak ikut.....dlm hati terasa la sgt sedihnya...

balik too aku terus wat hal sendiri ...tak berminat nk berborak dgn sape2....bersambung esok dan jugak ahad tooo.....tp bile ahad too epilog cite sedih bertambah....smbung balik cite perenggan pertama ya kwn2....

bile ayah tengok aku senyap ajo...ayah mule la bertanya...."napa akk senyap je, akk ade mslh ker, kalau ade masalah bagitau la mak n ayah ...mane tau bole tolong..."huhuhu..hmm aku ckp...tak de pape...mulut aku sakit sbb too tak byk ckp....memang tengah sakit pun...tp too bukan sbb aku berdiam diri ......bile rase kesian sgt dgn ayh ...aku pun cari la topik borak...kebetulan aku rase teruje mase kat kelas td...sbb ade sorang kakak yang tengah buat degree epjj tumpang kelas kami....sekurang2 nyer bile aku tengok kakak too yg dh 37 tahun pun masih belajar....aku jd mcm seronok n makin semangat nk belajar....jadi aku cite la kat ayah....ayah pun bg semangat ....supaya aku tak down...tp kan bile ayh ckp....ade org yang kdg2 bertanya dekat ayah..." nape kakak die too baru nak amik diploma".....huhuhu...terus tersentap tangkai hati....sedih nyer....bile org bertanya tentang aku mcm too....

tau tak selama ni aku memang la sgt berkecil hati n terasa hati bile isu2 ini yang di war2kan oleh sape2 pun...tp aku tak tau la saat ayah n mak aku seronok bercerite tentang kejayaan dan kemajuan adik2 aku yg membanggakan.....pernah tak mereka pk kan ade anak die yang sgt la terasa rendah diri bila sana sini mereka bercerite sampai mungkin tak terpk langsung tak terpk tertanya2 tentang aku......yang sgt mengecewakan dr dulu....=(

ape pun itu la kenyataan nyer wlu pun aku ni serba kekurangan di mana2 tp aku harap aku boleh membantu ayah n mak aku setakat yang aku mampu...wlupun aku tak dapat bg lebih spt adik2 aku...n mungkin jugak spt ayh n mak aku impikan...bukan aku tak bercite2 nk jadi spt adik yang sgt menggembirakan ati ayah n mak....tp mungkin sudah tertulis tak dir aku begitu....tapi tak pe ...aku harap sume yang berlaku sebelum ini, selepas ini, dan akan datang tidak pernah mematahkan semangat aku....bia la sume nyer jd pendorong wlupun hati aku terasa pilu....huhuhuhu.....

wlupun tiada harta atau wang ringgit yang dapat aku berikan..walaupun tiada kejayaan yang dapat mereka banggakan ... yang penting doa kudus aku tak pernah putus untuk ayah n mak...

terima kasih pada abg....sbb selalu jd teman aku di kala suka dan duka....

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu sempurna.. Dengan cinta yg begitu membuncah..Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..Maka, padamu ku katakan.. Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. Karena kelak kita akan satu.. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. Maka ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. Namun tatap mataku, tersenyumlah.. Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..

Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. Maka dimataku kau adalah yang terindah, Kata2mu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. Maka kalau kau berkenan ku meminta.. Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…

Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. Yang darahnya mengalir darah syuhada.. Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…

Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Dari Ummu Salamah, ia berkata,

"Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga."

(HR. Ahmad dan Thabrani)

so swit...hmm o_O

Sunday, August 8, 2010

hadiah kejutan

last week aku terima sesuatu dr abg...terkezut jugak...sbb tak dok lak abg ckp nk bg o beli kan ape2...
tbe2 dpt kol suwoh amik parcel dekat bwh...dlm hati penat bergaduh..(parcel ape plak ni....lum order baju...dh dapat parcel...anyway aku ade rancang nk beli baju online....tapi lum order n bayar pun lagi ...tak kan dah dpt plak kan...jd sgt la tak logik nyer pale otak aku bermonolog....hahaha)....
bile amik too ...benda pertama yg mencuri pandang ialah tulisan yang sgt la aku kenal....tp buat muke pelik n blurr....nape abg bg aku sesuatu....nk pinang aku dengan cara baru ka?...hantar cincin by poslaju...hahahha....rupenyer meleset....ngehhhh....
abg bg aku cwn pink yg comei...dh tentu ade pic kartun...aku pun dok tertanye...gapo abg bg erk?...mungkin sebagai simbolik...supaya aku rajin minum susu anlene kot...almaklum la kan...aku sgt la malas untuk minum susu....susu untuk tulang yer kwn2....bukan susu untuk membesar...nk ckp aku keciik la tooo...hmm nyampah....
for info aku tak guna lagi cwn too...mcm syg la plak..tp bile abg tau aku lum gune lagi....abg kate ....tak pe nnt abg bg lagi yg lain klu dah buruk....hurray....terus rse nk pakai cepat2 cwn too...motip...sbb ada warranty ....hahahhaah...
tq my romeo....soke n syg sgt....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes