jangan pentingkan diri
kadang-kadang, kita tak perasan apa yang kita buat tu sebenarnya boleh mendatangkan kesusahan pada orang lain. kadang-kadang, kita rasa benda tu remeh, tapi sebenarnya sangat memberi kesan pada orang lain. dan, kadang-kadang kita rasa perkara tu biasa je, tapi menunjukkan yang sebenarnya kita mementingkan diri sendiri.
kadang-kadang, kita memotong barisan kereta yang beratur panjang menunggu di trafik light, lantaran kita mahu cepat. sedangkan, sebenarnya kita telah menyusahkan berpuluh-puluh kereta yang sedang sabar menunggu giliran. kita fikir, “alah, kereta aku je.. bukan beri kesan mana pun..” tapi, kalau 50 orang berfikiran yang sama, tidakkah sangat-sangat sudah menyusahkan kereta-kereta lain yang sudah pun beratur panjang yang mungkin juga mahu cepat?
kadang-kadang, kita fikir, kita mahu cepat, jadi kita parking di mana-mana sahaja yang mem’block’ kereta orang. mungkin kita fikir, “alah, sekejap aje. nanti aku alih lah kereta tu…” mungkin dalam 5-10 minit tu kereta yang kita ‘block’ tu ada kecemasan yang tak boleh di tunggu barang seminit dua pun? bukan kah sangat-sangat menyusahkan?
kadang-kadang, kita fikir, buang sampah dari tingkap kereta tu perkara kecil. “alah, kecik je sampah tu..” kalau semua orang berfikiran macam tu, agak-agak, berapa banyak sampah ‘terkumpul’ di tepi jalan raya?
kadang-kadang, bila terserempak dengan kemalangan, kita buat tak nampak je.. “alah, mesti ada orang datang tolong tu nanti…” siapa tahu, jika kita berhenti sekejap menghulurkan pertolongan, boleh menyelamatkan nyawa orang yang kemalangan tu?
kadang-kadang, kita fikir, “biarlah anak berdiri di tengah-tengah kereta tu, daripada sakit telinga dengar dia melalak kena ikat seat belt. lagipun dekat aje…” siapa tahu kemalangan boleh terjadi sekalipun dalam jarak yang dekat? malang tidak berbau… “kita doalah supaya kemalangan tidak berlaku” jangan doa sahaja tanpa usaha.. usaha kena ada…
kadang-kadang, semua perkara kecil kita nampak remeh.. tapi, sebenarnya boleh mendatangkan kesan besar terhadap orang lain.. berhentilah daripada asyik memikirkan diri sendiri, dan cuba berfikir juga mengenai orang lain. kita hidup di dunia ni, bersama orang lain. kalau rasa taknak fikir tentang orang lain, dan mahu pentingkan diri sendiri, sila lah pergi cari satu pulau yang tiada manusia, dan duduk di situ… ok, kan?
think it!!!!
copy dari blog - http://syayassir.com/blog ...terima kasih kerana share sumthin interesting...kawan2....melawat2 la blog ni ya...tolong naik kan saham nuffnang...hahaha
0 care about me:
Post a Comment