RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Wednesday, February 24, 2010

sumthin to share...kelahiran


Mengurangkan kesakitan.



Berbagai cara dan ubatan boleh digunakan untuk menangi masalah kesakitan. Sokongan moral suami, ibu atau saudara adalah penting. Amalan doa dan zikir, kawalan pernafasan, berjalan-jalan, membaca, menonton TV di peringkat awal boleh membantu.
Terdapat beberapa jenis ubat-ubat penawar sakit yang diberi secara suntikan, Ubat-ubat gas yang disedut, bius saraf ‘Epidural’. Ubat-ubat penawar secara suntikan boleh menahan sakit sampai 4 jam. Tetapi kadang-kala ia kurang berkesan. Ubat gas sedut sesuai untuk digunakan apabila sudah dekat nak beranak.
Bius saraf epidural biasanya menghilangkan kesakitan dan kuncupan rahim tidak dapat dirasai langsung. Mungkin kaedah ini terus menghapuskan satu nikmat Allah iaitu ‘sakit bersalin’. Walau demikian ia amat berguna bagi kehamilan sulung dan bagi mereka tidak tahan sakit. Kebanyakkan dari mereka memerlukan kelahiran secara forsep atau sedutan vakum.


Kelahiran
Apabila pintu rahim terbuka sepenuhnya (fully dilated), siibu akan merasa seolah-olah nak buang air besar dan secara otomatis ia akan meneran seperti kena sembelit. Ini disebabkan kepala bayi telah menekan pada usus besar dan dubur.
Ketika ini siibu memerlukan tenaga yang kuat untuk menolak keluar kepala bayi. Apabila sakit kuncupan rahim mula dirsai, sedut nafas berpanjangan , tahan dan teran sekuat-kuatnya untuk menolak bayi keluar. Baca ‘Subhanallah’ banyak-banyak.
Doktor atau bidan akan menyambut kelahiran.



‘Episiotomy’ atau gunting pintu faraj adalah untuk mencegah koyak yang munkin sukar dijahit
Setengah bidan amat mahir melahirkan tanpa koyak faraj.


Belakang faraj dipertahan untuk mencegah koyak ketikakepala bayi nak keluar.
Dengan tangan kanan menjaga belakan faraj, tangankiri bidan mengawal kepala bayi keluar.


Segala lendir dan cecair perlu dari mulut bayi barulahir untuk mencegah masuk keparu2.


Uri ditarik keluar, manakala tangan kiri bidanmengawal rahim pada bawah perut.

Uri dipereksa , lengkap atau tidak. Dibersihkan,dibungkus kain putih dan seterusnya ditanam.



Azankan telinga kanan dan aqamah pada telinga kiri. Bacakanmana-mana surah Al Qur’an yang bapanya hafal.

Beri nama, aqiqah dan berkhatan.




Kesemua ini sebaiknya dilakukan pada dua minggu pertama selepas lahir. Bagi anak lelaki elok dikhatan secepat munkin dengan menggunakan teknik ‘plastibell’. Bayi perempuan elok dikhatan pada umur antara 1-3 bulan.

Doa jika anak meninggal waktu lahir.

3 care about me:

CPI said...

amboi2 sempat lg tuh

puteriann said...

hahaha....sile la bace yer..semoga membantu semasa nak beranak....

puteriann said...

sebenarnyerkan...ade gambar real tau tok setiap proses ni...tapi segan nk letak....hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes