Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja.
facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas.. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mempunyai facebook, rancangan di TV3 mempunyai facebook, Awal Shaari mempunyai facebook, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pun mempunyai facebook yang sudah mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan ramai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai facebook.
Penggunaan facebook boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah penggunaannya juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadar berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-macam lagi. Ungkapan “satu musuh terlalu banyak dan seribu kawan terlampau sedikit” menemukan iklimnya di jaringan sosial seperti facebook.
Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.
Setiap kali kita masuk ke laman facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman facebook mereka.
Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan kumunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama facebook.Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pasti ramai yang akan memberi cadangan yang menarik.
Melalui facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi.
Selain itu, facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang, contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan. Sudah tentu laman sosial yang dimaksudkan itu adalah facebook (Salman, 2010).
Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik.
Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah.
Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksub dengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut. Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.