RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Wednesday, February 16, 2011

langkah bendul part 1

Apabila adik mendahului perkahwinannya dari Kakak , ia digelar Langkah Bendul.

Benarkah apabila berlaku Langkah Bendul ini dengan sendirinya martabat Kakak jatuh kerana dianggap tidak lakuatau tiada yang berkenan dengannya ?

Sesetengah pihak mengambil berat tentangnya malah dianggap sebagai salah satu pantang larang kononnya apabila adik berkahwin dulu, Kakak akan sukar mendapat jodoh secara tidak langsung ia merupakan penghinaan kepada si Kakak.Mungkin juga ia membawa perbalahan dan masam muka antara adik beradik. Tetapi ada juga yang tidak kisah mengenai hal tersebut. Memberi hadiah atau persalinan kepada Kakak yang dilangkah bendul itu merupakan amalan tradisi yang diamalkan oleh kebanyakan orang tetapi ada juga beranggapan ianya sudah tidak sesuai di zaman ini. Perbuatan ini bukan menyusahkan malah membebankan pengantin lelaki. Dalam Islam tidak ada peraturan siapakah yang harus berumahtangga dulu samada adik atau kakak apabila sudah sampai jodoh. Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.Perlulah ada tolak ansur antara adik dan kakak malah sebaiknya si adik meminta keizinan dari Kakak terlebih dahulu. (huhuhu...seingat aku gemuk tak pernah minta izin) Islam tidak menggalakkan adat Melangkah Bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima.Kakak haruslah memahami dan merestui niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan. (faham n relakan dalam sentap....boleh ka?...hahaha....ambil kesempatan?uiks...ade la....astaghfirullahalazim).Islam menekankan hidup harmoni dan rukun damai dalam sesebuah keluarga dengan tidak menyinggung perasaan sesama sendiri.Si adik harus bersyukur kerana telah mendapat jodoh dan janganlah hingga membawa kepada bermegah diri.Adat ini digalakkan asal tidak bercanggah dalam Islam sehingga membawa kesusahan pada Pengantin lelaki tetapi terpulanglah kepada individu itu sendiri kerana Islam itu menyenangkan.

senyum...senyum...senyum.....

0 care about me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes