RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Tuesday, August 31, 2010

sakit

huhuhu...dah bape arini abg asik kurang sihat...sian abg...risau bile pk2 sakit abg yg tak sembuh2....n semalam aku masih cari pasal dengan abg...hm aku tewok...aku sedar too....ayg minta maaf ..ayg syg abg....abg yg kcu ayg dulu...huhuhu..tbe2....

hmm ape pun...ayg doakan abg cepat sembuh...jage diri..n kena banyak minum air masak....ayg tau abg pandai makan ubt...tak macam ayg...cerewet makan ubt.....

Ya Allah, sembuhkan lah penyakit abg....kurniakanlah kesihatan yang baik sepanjang hidup nye....lindungi lah dirinya dan keluarga ku dari penyakit berjangkit dan berbahaya....amin....Tuhanku biarlah aku yang menanggung sakit dan kesusahan abg serta keluarga ku...aku rela....jangan la kau beri kepada dirinya mahupun keluargaku......huhuhu...semoga Allah mendengar doaku....amin

Monday, August 30, 2010

bidadari dunia

nirza menulis “Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajahmanusia…
“Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,asyik berteman tangis dan sendu sahaja.”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
“wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangisdan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan egoseorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkanlebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunyawanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun.Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata.”

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…
“Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
“Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya?Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahaipara wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dantutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapaterlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita ygmenjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakanpesanan buat wanita, agar memelihara auratnya keranadisitu lah kehormatannya. sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebihtinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalauar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.”


Adik masih x puas ati.
“Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu??”
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna.Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghunijannah ini!
“Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiapinsan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Danal-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu,indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila manaal-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa merekamerelakan diri menjadi peragaan? Kerana merekasebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukupmenarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat dirimereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segipsikologi. Namun adikku… wanita solehah itu pastimelindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu.”


Adik garu2 kepala.
“Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini?Bagaimana hendak adik kenali mereka???”
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAHmerahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianyasendiri.
“Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintah kanwnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka,dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita ygbermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tpperlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehahdan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita ygtoleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satupermata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Keranafitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan.Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itumaksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka diaadalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsimasyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidakmenjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila manadia menciptakan hawa itu dari rusuk adam… Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawaini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapisayang… golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabatmereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan…
Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada dipuncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epalitu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikanbegitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalutinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa ygberani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya… Mungkin bukan di dunia… tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia…asalkan cinta ILAHI mengiringinya…tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bileALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utkmemetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epalyg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku… sungguhtulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamukanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik… Dan aku? Hanya bidadariberwajah manusia… berhakkah menjadi bidadari syurga?Wallahu’alam.”

dipetik dari http://imanulamiq.wordpress.com/2008/04/08/

muhasabah diri

assalamualaikum wbt....

setelah beberapa ari umat Islam melakukan ibadah pose...baru hari ini aku berpeluang dengan izinNya untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah....hmm tewok kan....punyer la rugi bg aku untuk ketinggaln keitimewaan malam2 lain yang telah dijanjikan olehNya....aku pasrah mungkin ade hikmah disebaliknya....dan aku juga bersyukur sekurang2 nya berpeluang menunaikan terawih malam ni.....

terasa betapa hinanya aku di sisi Allah kerana sering melupakan apa yang direncanakan..........mengapa la keduniaan itu sering aku dulukan dari perjanjian ku dengan Yang Maha Pencipta....di hamparan senjadah aku terasa diri terlalu lemah...siapa aku untuk tidak mentaati Allah, dan siapa pula aku yang sering melakuka dosa kepadaNya....

usai selesai terawih...terima perkabaran teman sekerja ayah tela dijemput Ilahi....innalillah......tbe2 terasa ada aku sebak n mata beranak sungai....sudah ditetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati.....cume bila tiada jwpnnya.....dalam kepala berbisik....sudahkah aku bersedia menerima kententuan takdr itu.....hmm mungkin terlalu banyak lagi kekurangan yang ada diri ini....cume satu aku doakan...seandainya Allah cabut nyawaku...biala aku pegi dalam keadaan beriman kepadaNya dan sempat bertaubat serta membersihkan titik2 hitam dalam hati.sekurang2ny aku bersih dan suci untuk menghadap Allah Taala....

marilah kita sama2 muhasabah diri.....tidak lupa Al Fatihah buat semua yag telah pergi.......

Sunday, August 29, 2010

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

ubat hati (kesedihan)

Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?.

Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.

Kisah satu

Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang

Kisah dua

Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.

Kisah tiga

Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.

Kisah empat

Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Allah berfirman,Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.

di copy paste dari http://www.ustazamin.com/2008/10/motivasi-iman-4-ubat-hati-kesedihan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes