Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 28, 2010
petua
Sakit kepala.
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.
Mulut harum.
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.
Membersihkan perut.
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.
Sakit tekak.
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa kali hingga hilang sakit tekak.
Hilangkan kesan campak muka.
Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa hari. Insyaallah ia akan hilang.
Hilangkan bau badan.
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.
Tegang kulit.
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.
Jerawat?
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering dan bersihkan. Amalkan semasa naktidur dan bersihkan apabila bangun tidur. Selamat mencuba.
Kelebihan surah Al-Fatihah.
Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh.
Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.
Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.
Kelebihan surah Al-Mulk.
diriwayatkan At tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. "surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur".
"Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"
note
nice kan petua di atas ni....aku rase sgt mudah untuk aku n korang cuba...why not kan...simple je.....selain boleh dpt faedah nyer dpt gak tingkat amalan ...."anda buat , anda dapat ".....
Monday, December 27, 2010
Amalan mudah setiap hari.
Di sini diceritakan amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain. Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.
Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30. adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan. Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot.
Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa. Jika diamalkan boleh menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu juga ketika menggosok gigi. Jangan ambil ringan ketika memberus gigi. Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk. Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa.
Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi.
Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat.
Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan.
Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.
Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut. Selepas itu lakukan solat Zohor.
Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.
Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya.
Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada waktu pagi, lakukanlah seperti permulaan tadi.
Lakukanlah rutin ini setiap hari kerana ianya ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat saja macam ini. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah tambah. Semoga kehidupan lebih ceria dan sihat. Secara ringkasnya, kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan, membersihan diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain. Selain itu solat jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah. Hidup tak sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya. Selamat mencuba.
copy paste dari http://kusayangmu.tripod.com/Petua.html
Friday, December 24, 2010
semalam suka, arini berduka
23 dis...kisah sukadua ari lepas terime meseg dr tempat amik lesen .....lesen L da leh amik.....wlupun hanya L sajok...kesukaan yg aku rase too melebihi org yg dpt P...hahaha....mungkin dek keterujaan sgt sbb lum pernah pegang lesen kan....pasni akan bermula la perjuangan aku untuk menempuhi latihan2 kereta dan motor....semuga Allah memudahkan aku, menjauhi segala kecelakaan dan beri kejayaan sewaktu aku ambil di uji jpj nnt....amin.....

24 dis...kisah duka
pg2 ni aku di kejutkan dengan berite keputusan perkhidmatan aku sume gagal...peliknyer.....bile aku semak2 ....jawapannyer mungkin ade kesilapan teknikal....dan bile di semak lebih dlm lagi...aku dpt tau la markah exam aku baru2 ni.....sadisnya......aku masih tak lulus...terus hati sentap.......terus cari port baik untuk meluahkan rase.......kol abg untuk bgtau.....oleh kerana suasana bising yg tak mengizinkan tak dapat la aku ngadu nasib sebaik mungkin...yg akhirnya buat aku makin nak menangis......aku terus masuk toilet....nangis kat situ......cube nk cari kwn2 ofis yg leh dengar cerite sadis ni....tp nan hampeh ....terasa mcm buat malu muke je klu g bgtau diorang.......mase too tengok jam dah pukul 4.30 lebih ....da masuk asar.....yes za itu la tempat yg paling sesuai untuk mengadu nasib...aku terus g solat berjemaah....terasa jiwa ni mcm kecewa sgt....air mate ni mcm tak leh nk cover2....nasib la di tahan2 jugak...klu tak meratap2 plak jdnya....
bile aku gagal dlm sesuatu , aku selalu rase week sgt...selalu pk diri ni terlalu lemah compare dengan org lain....kadang2 wat aku rase mcm malang sgt....tp aku lupe sebenarnyer.....mungkin setiap kali aku gembira aku selalu lupa yg Allah senantiasa ade bila mana kite suka atau duke....ini tak, selalunya manusia spt aku n mungkin jugak korang sume akan ingat bile perlu sajok..."ingat bile perlu" tak bermaksud kite tak taat pada perintah Allah swt....tp lebih kepada kite lupa nak mengadu dengan Allah swt bile kite senang / suke , tapi kite akan cari dan mengadu pada Allah bila kita susa / sadis...semoga ape yg aku terima arini buat aku lebih kuat semangat dn lebih berusaha.....Ya Allah, lindungilah aku supaya aku tidak mudah jatuh....amin..
note untuk kawan2 yg lulus,
tahniah...semoga korang sume terus berjaya n berjaya dlm kerjaya, kehidupan dunia n akhirat....amin.....
Wednesday, December 22, 2010
rojak buah

Tuesday, December 21, 2010
kontrovesi
kad ni hiasan sajok...kad sebenar tak dpt nk di upload nape ontah....tp nice kan kad ni reben hijau...so sweet...sejak bile lak jd penggemar hijau ni...kunfius2x....mcm ni ye kawan2...arini aku ade tulun emelkan kad undangan kawen teman sekerja makcik ofis aku...aku da siap scan dengan elok...dan emelkan dengan jayanyer dekat die...bisa nyer ok je die terima tp kali ni tak ok plak...terus jer die minta aku send kan dekat semua.....
Zazz...bile emel da emel dihantar....berduyun2 la mengusik dan ditambah la dengan org yg terkejut2 ni....mane idaknyer sume pakat ingat aku punyer kad kawen sndiri...ape da....too yg aku malas sgt nk tulun too...lain lak di pk kan...hahaha.....
aku ngadu la dekat mak cik ofis pasal benda too...terus je die kate..." tak pe la , makna nyer tak lame lagi nzrh plak la toooo".....sambil gelak2 kan aku.....doa too kawan2 ....mari kite amin kan.....(muke ala senyum)
info sihat

~ Cara Pembersihan Telinga Dengan Betul ~
Penghasilan tahi telinga adalah berlainan pada individu yang berlainan. Sebagai contoh, individu A mungkin mengeluarkan lebih banyak tahi telinga daripada individu B.
Malah, seseorang juga berkemungkinan mengeluarkan lebih banyak tahi telinga pada sebelah telinga sahaja.Ini ialah kerana tahap fungsi kelenjar “cerumen” yang terletak di bahagian luaran lubang telinga yang berbeza.
Tahi telinga yang lembut dan berwarna keemasan mempunyai kelebihan dari segi membenarkan gelombang bunyi merentasinya.
Ia juga dapat mengelakkan serangga daripada memasuki bahagian dalam telinga, terutamanya ke bahagian gegendang telinga.
Tahi telinga lembut ini selalunya dapat keluar sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan selalunya dapat diperhatikan semasa mengesat di bahagian luar lubang telinga selepas mandi.
Jika seseorang itu menggunakan putik kapas dengan kerap, kebanyakan tahi telinga ini akan dialihkan (ditolak ke dalam) berdekatan gegendang, menyebabkan ia terkumpul dan menjadi kering. (for sure korang sume ade yg mengamalkan kaedah ni kan...)
Tahi telinga yang keras, kering dan semakin banyak ini akan mendatangkan kesakitan dan menghalang gelombang bunyi daripada merentasinya. Justeru, pendengaran individu berkenaan akan menjadi semakin berkurangan. (see...how bad effect die....)
Cara yang baik untuk menjaga telinga ialah dengan hanya membersih bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi dan bukan menggunakan putik kapas. (praktiskan ok!!)
Terdapat ubat-ubat tertentu yang boleh mencairkan tahi telinga, tetapi hanya patut digunakan jika disyorkan oleh doktor.Kadangkala, tahi telinga akan mengembang selepas ubat-ubat ini digunakan dan memerlukan doktor pakar menyedutnya keluar mengunakan mikroskop tanpa mencederakan gegendang telinga.
note untuk semua...
aku ambil artikel ni sekadar peringatan untuk semua...kadang2 benda yg simple mcm ni kite tak care pun....infact bile da jd lain baru kite berhati2...so harap2 korang take noted perkara2 ni.....sbb aku sendiri pun baru jer tau....sayangi la telinga korang, supaya boleh mendengar dengan baik....


