~ Cara Pembersihan Telinga Dengan Betul ~
Penghasilan tahi telinga adalah berlainan pada individu yang berlainan. Sebagai contoh, individu A mungkin mengeluarkan lebih banyak tahi telinga daripada individu B.
Malah, seseorang juga berkemungkinan mengeluarkan lebih banyak tahi telinga pada sebelah telinga sahaja.Ini ialah kerana tahap fungsi kelenjar “cerumen” yang terletak di bahagian luaran lubang telinga yang berbeza.
Tahi telinga yang lembut dan berwarna keemasan mempunyai kelebihan dari segi membenarkan gelombang bunyi merentasinya.
Ia juga dapat mengelakkan serangga daripada memasuki bahagian dalam telinga, terutamanya ke bahagian gegendang telinga.
Tahi telinga lembut ini selalunya dapat keluar sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan selalunya dapat diperhatikan semasa mengesat di bahagian luar lubang telinga selepas mandi.
Jika seseorang itu menggunakan putik kapas dengan kerap, kebanyakan tahi telinga ini akan dialihkan (ditolak ke dalam) berdekatan gegendang, menyebabkan ia terkumpul dan menjadi kering. (for sure korang sume ade yg mengamalkan kaedah ni kan...)
Tahi telinga yang keras, kering dan semakin banyak ini akan mendatangkan kesakitan dan menghalang gelombang bunyi daripada merentasinya. Justeru, pendengaran individu berkenaan akan menjadi semakin berkurangan. (see...how bad effect die....)
Cara yang baik untuk menjaga telinga ialah dengan hanya membersih bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi dan bukan menggunakan putik kapas. (praktiskan ok!!)
Terdapat ubat-ubat tertentu yang boleh mencairkan tahi telinga, tetapi hanya patut digunakan jika disyorkan oleh doktor.Kadangkala, tahi telinga akan mengembang selepas ubat-ubat ini digunakan dan memerlukan doktor pakar menyedutnya keluar mengunakan mikroskop tanpa mencederakan gegendang telinga.
note untuk semua...
aku ambil artikel ni sekadar peringatan untuk semua...kadang2 benda yg simple mcm ni kite tak care pun....infact bile da jd lain baru kite berhati2...so harap2 korang take noted perkara2 ni.....sbb aku sendiri pun baru jer tau....sayangi la telinga korang, supaya boleh mendengar dengan baik....
4 care about me:
hahahaha
nape gelak plak abg ni....
sj je
ade la too...tak kn saje2.....
Post a Comment