RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Wednesday, September 15, 2010

Merancang Majlis Perkahwinan Di Bawah Budget

Merancang majlis perkahwinan tu memang penat. Lagi-lagi kalau jenis yang fikir nak berhabisan, maklumlah kahwin sekali seumur hidup je kan. Biar pakai baju tercantik, makanan tersedap, tempat terhebat, hantaran terbanyak.

Ramai juga calon pengantin yang gelisah dengan isu-isu sedemikian. Bakal mak mentua minta mas kahwin RM20 ribu sedangkan gaji si bakal menantu cuma nak cecah2 2 ribu. Lepas tu kenduri nak besar2 biar boleh lawan jiran sebelah yang baru lepas kenduri 2 bulan lepas tumbang 2 ekor lembu.

Ada pula bakal pengantin 2-3 hari sebelum majlis perkahwinan, tiba2 membatalkan semuanya.

Sebenarnya, merancang majlis perkahwinan tak perlu nak berhabis-habisan. Majlis perkahwinan yang meriah, tetap boleh dilaksanakan dengan budget yang sederhana. Apa salahnya kalau berjimat-cermat semasa majlis perkahwinan, duit yang lebih2 kan boleh digunakan untuk bercuti, berbulan madu ke tempat yang menarik sikit, boleh juga guna untuk tujuan2 lain seperti untuk bayar deposit sewa rumah, beli barang2 rumah, dan sebagainya.

Perlukah berhutang sakan untuk majlis perkahwinan yang meriah? Mungkin tidak.

ist2_6305503-sunset-wedding

1. Rancang dari awal

Zaman sekarang rasanya lebih dari 97% pasangan adalah yang dah lama bercintun-cintun, makwe-pakwe, couple2 sebelum kahwin. At least mesti ada target nak kahwin dengan kekasih hati. So rancanglah dari awal tentang majlis perkahwinan, alah, mana ada orang esok nak kahwin, hari ni baru decide. Kalau dapat merancang majlis perkahwinan dari awal (bukan rancang macamana nak tuuutttt~~~), dapatlah survery2 mana katering paling murah, mak andam paling murah, doorgift paling murah (orang Kelantan panggil sisa. Hehe, buruk namanya kan), jurugambar paling murah dan sebagainya. Barang2 hantaran pun mungkin boleh cari masa diskaun jualan murah.

2. Mula Menabung

Biasanya bila sampai masa nak merancang majlis perkahwinan baru sibuk nak menabung. Sepatutnya awal2 lagi ‘tabung perkahwinan’ dah masuk dalam budget. Letak seringgit sehari pun dan OK. Takpe, tak gatal pun, nanti menyenangkan kita juga. Ini, kahwin nak meriah, poket kosong apa cerita.

3. Dapatkan khidmat wedding planner secara percuma

Ini mudah sahaja. Cari saja mana2 kawan yang baru selesai langsungkan majlis perkahwinan. Jadi, boleh dia tolong kita merancang majlis perkahwinan kita pula. Dia pun mesti excited nak kongsi pengalamannya.Tapi kalau kawan tu budget kahwin RM100k, tak payah la ikut. Atau boleh pinjam ke mana2 alatan kahwin dia yang masih boleh pakai :D

4. Majlis perkahwinan di luar ‘masa puncak’

Masa-masa punca (peak hour) untuk majlis perkahwinan biasanya pada hujung minggu, musim cuti sekolah, musim perayaan dan sebagainya. Rancang sebuah majlis perkahwinan di luar dari masa2 kebiasaan orang buat kenduri. Buat hari Selasa ke, Rabu ke, jadi tak adalah kena ajak ramai2 sangat jemputan. Yang dekat2 je, orang jauh2 susah nak datang sebab kerja kan. Jadi boleh jimat duit jamuan.

5. Jimatkan wang hantaran/mas kahwin

Kalau orang Kelantan, secara tradisinya kami tak ada hantaran, sebaliknya yang ribu2 tu dikira sebagai mas kahwin. Tak kita lah hantaran ke, mas kahwin ke, kalau rasa sebelah lelaki kurang mampu, jangan minta melebih2, kesian kat dia. Tapi orang sekarang kalau minta sikit2 jadi buah mulut pulak kan? “Haaa, kau ada degree hantaran 2 ribu je? Si Tipoh tu SPM je pun RM10k tau!” Hehehe, taraf pendidikan menjadi ukuran hantaran kahwin T_T. Gunakan kombinasi nombor yang unik supaya bila orang mengata, kita boleh jawab “2,103.82 tu tarikh lahir saya, 21 haribulan 3 tahun 82. Saja nak abadikan dalam hantaran kahwin. Bila lagi.” Settle.

6. Pakai baju biasa-biasa je

Kalau kahwin tak pakai songket sepasang tu tak boleh jadi, kan? Pakai je baju biasa, baju raya ke, cantik jugak. Dah jimat duit sewa baju. Nak cantik jahit la labuci ke, letak manik2 rhinestone, pakai veil letak bunga je tak payah tiara bagai.

ist2_271355-bride

Akak ni sempoi je letak bunga besar kat kepala, no problem

7. Ikut tuntutan syariat, bukan tuntutan nafsu, masyarakat, etc.

Kadang2 yang rancang majlis perkahwinan beriya-iya ni bukanlah apa, tapi sebab orang keliling kadang2 mengata, banding2 dengan majlis orang lain. Lagi2 kalau parents yang terlibat adalah dalam golongan yang sama camtu jugak, hmmm susahlah. Budget ciput je tapi majlis mengalahkan Erra Fazira. Nak kasik impress Mak Jah sebelah la katakan, “Majlis kahwin anak aku lagi meriah, lagi hebat!” sudahnya berhutang sana-sini. Mak Jah tu takpela dia jutawan MLM, nak buat majlis macam ape pun dia tak heran, hehe.

Apa-apapun, majlis perkahwinan tu memang dianjurkan dalam Islam, untuk menghebahkan pernikahan dan ikatan sah tu. Tapi berpada dan besederhanalah. Tak perlu nak berhabis sakan dengan alasan ‘sekali seumur hidup’. Kalau budget banyak tak apa. Ini dalam nak memenuhi tuntutan dalam pernikahan tu jadi member setan pulak bila dah terbazir sana-sini akibat nak majlis yang grand sangat.

Kehidupan selepas kahwin itu lebih banyak memerlukan duit. Nak memulakan hidup baru, walaupun dah couple dating2 10 tahun dah, tak sama bila dah kahwin.

Majlis perkahwinan yang melampau, bukan saja menyusahkan bakal pengantin, tapi juga merendahkan hikmah perkahwinan itu sendiri. Ya lah, kahwin itu disyariatkan supaya dapat menyalurkan kasih sayang, nafsu syahwat dengan cara yang betul, untuk menjaga keturunan, memelihara kesucian diri, sebagai medium pendidikan Islam dalam keluarga, membina silaturrahim dan sebagainya, tapi menjadi dilema bila terpaksa ditangguh-tangguh sebab tak cukup duit untuk majlis perkahwinan yang grand.

0 care about me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes