RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Thursday, June 10, 2010

Petua Berdepan Pertengkaran

  • Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian.
  • Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia memburukkan keadaan.
  • Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.
  • Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.
  • Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
  • Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
  • Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung atau tertekan.

0 care about me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 luahan hati.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes